• Jonathan Shiek

Keluarga Mangsa Kemalangan LRT Sedia Tuntut RM 1.8 Juta Daripada Prasarana

Pada minggu lalu, kita semua dikejutkan dengan insiden pelanggaran dua tren LRT yang mengakibatkan ratusan penumpang yang berada dalam LRT berkenaan cedera parah. Disebabkan insiden berkenaan juga, pihak Prasarana tampil dengan memberi inisiatif RM 1,000 sebagai pampasan buat penumpang yang terlibat. Walau bagaimanapun, kurang dipersetujui para netizen.

Terbaharu, salah seorang penumpang LRT yang terlibat dalam kemalangan berkenaan iaitu Wong Chee Fong dilaporkan sedia menuntu pampasan dan ganti rugi atas kecuaian kepada pengendali LRT Prasarana Malaysia Bhd sebanyak RM 1.8 juta.




Tuntutan tersebut dibuat oleh keluarga mangsa dimana Wong Chee Fong yang merupakan bapa kepada empat anak itu terpaksa dimasukkan kepada unit rawatan rapi (ICU) dan dikatakan masih belum sedarkan diri selepas mengalami kecederaan serius di kepala dan tulang belakang.

Menurut dari peguam keluarga, Jazmin Khoo memaklumkan tuntutan tersebut merangkumi perbelanjaan perubatan, kerosakan fizikal, tekanan mental dan emosi, trauma, kehilangan pendapatan, ganti rugi khas dan umum akibat kecuaian pihak terbabit.

Sumber artikel asal dari VOCKET

Sumber video asal dari Astro Awani

1 view0 comments