• shafika9

Keluaran Kopi Terbaru Dari Nescafe Classic Adalah Kopi Semaian Tempatan Pertama Dari Kedah

Updated: Sep 24, 2021

Adakah korang penggemar minum kopi di waktu pagi? Sekiranya ya, inilah masa korang kena cuba keluaran terbaru dari pihak Nescafe iaitu Kopi Kedah dimana ia adalah 100% hasil semaian tempatan yang berasaskan dari negeri Kedah sendiri. 

Menurut dari, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestle (M) Berhad, Juan Aranols, berkata Nestle “sentiasa menyokong masyarakat luar bandar sejak bertahun-tahun lamanya” katanya. Selain itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Minuman, Othman Chraibi berkata “ ini permulaan yang baik bagi Program Nescafe Disemai Dengan Kasih, dengan menanam hampir 70,000 anak pokok dan lebih 100 peladang yang terlibat.” ujarnya.


Inisiatif ini pada masa yang sama memberikan peluang kepada penduduk tempatan secara praktikal dengan memberikan latihan dan teknik pertanian yang mampan bagi memastikan tahap kesedaran lebih tinggi demi menjaga pemuliharaan alam sekitar dan ekosistem. Program ini hasil kerjasama dari pelbagai pihak seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Jabatan Pertanian Negeri Kedah (KSDA), Lembaga Kemajuan Ekonomi Kedah (KEDA), Pertubuhan Kami Anak FELDA (KAF) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Korang juga boleh dapatkan kopi terbaru ini di pasar raya berdekatan dengan rumah korang seperti di 99 Speedmart, Giant, Tesco dan mana-mana pasar raya di Malaysia. Juga korang boleh dapatkannya secara atas talian di Shoppe boleh klik di sini.

Sumber artikel asal dari BH Online

#kopikedah #nescafe #nestle

0 views0 comments