• shafika9

Kek Cicak Dan Lipas Yang Sangat Realistik Menjadi Tular Hanya Di Ipoh Saja!

Updated: Sep 24, 2021

Korang pernah tengok kek berbentuk cicak dan lipas sebelum ini?. Sekiranya, ini kali pertama untuk korang melihat, mungkin korang akan berasa terkejut dan ngeri untuk makan bukan? Kenali kedai bakeri bernama The Slice Ipoh Homebaker yang terletak di Ipoh, Perak dan di kendalikan oleh Ethan dan Irene Wong. Ipoh Homebaker menjadi tular di laman sosial kerana kek yang dibuat sangat unik dan jarang dilihat. 

Sumber: The Slice Ipoh Homebaker (Facebook)

Paling mengagumkan lagi kek tersebut sangatlah nampak realistik sehingga rasa susah nak makan. Kek ini seolah-olah dilihat nampak seperti haiwan itu hidup, kerana penggunaan warna dan teksturnya yang digunakan nampak sama seperti haiwan tersebut. Kedai bakeri ini ada buat kek lain juga seperti kek jam, jantung, Pikachu dan pelbagai lagi variasi mengikut permintaan pelanggan mereka.




Bukan setakat itu sahaja,  The Slice Ipoh Homebaker di laman Facebooknya baru sahaja mengemas kini dengan kek barunya iaitu ulat beluncas dan cicak berwarna kuning. Termasuk hari ini, animasi terkenal dari negara Jepun Demon Slayer iaitu karater Tanjiro dan Nezuko. Comel je tengok.



Sekiranya, korang boleh tahan untuk lihat kek ini secara lama-lama kiranya korang memang hebat. Memandangkan saya sangat lah penggeli dengan kedua-dua haiwan tersebut. Korang juga boleh check di laman Facebook mereka untuk mengetahui kek yang mereka pernah lakukan sebelum ini, klik disini

Korang macam mana? Adakah cukup berani untuk cuba makan kek ini? Sila komen pandangan korang di ruangan bawah ya.

#kekcicak #lipas #viral

0 views0 comments