• Syaziyah Md Sharif

Kedudukan 'Spiderman: No Way Home' Dicantas Oleh 'Scream' Dalam Carta Box Office

Francais filem seram itu memaparkan pelakon-pelakon baru

Kredit Foto: IMDB

Filem adiwira ternama Spiderman: No Way Home mengungguli carta box office selama sebulan, kedudukan filem itu bagaimanapun akhirnya digantikan dengan filem terbitan Paramount Pictures, "Scream".


Minggu tayangan debut filem tersebut menyaksikan jualan tiket sehingga AS$30.6 juta pada hujung minggu lalu dan "Scream" yang dikategorikan sebagai filem requel, merupakan filem kelima francais tersebut.


Selain itu, Paramount menjangkakan kutipan sehingga AS$35 juta sehingga Isnin.

Selain membariskan pelakon baharu, ia juga merupakan pertama kali siri francais filem "Scream" tidak diarahkan oleh Wes Craven yang meninggal dunia pada 2015.


Sementara itu, "Spider-Man: No Way Home" berada di kedudukan kedua namun terus mencatatkan rekod tertinggi dan untuk minggu kelima, filem adi wira itu meraih AS$20.8 juta.



Sumber: Astro AWANI


8 views0 comments