• Jonathan Shiek

Kediaman Tunku Abdul Rahman, Sedia Dijual Dengan Harga RM 62 Juta

Pasti ramai yang tertanya-tanya rumah siapakah ini? Pada korang yang mungkin kurang tahu, kediaman ini pernah diduduki orang ternama iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman.

Tahukah korang kediaman ini kini menjadi perhatian ramai, ini kerana rekaan dan keluasan hartanah ini mencecah sehingga RM 62 juta. Bukan murah ya, harga bagi sebuah kediaman ini.

Bersumberkan Penang Property Angel, dimaklumkan hartanah berkenaan berada di Pulau Tikus, Pulau Pinang dengan keluasan tanah 64,472 kaki persegi ini telah tersedia untuk dijual dengan harga tiga kali ganda dari harga hartanah biasa.

Sumber : Penang Property Angel

Seperti kita melihat gambar di atas, ia boleh dilihat rekaan klasik seumpama british design dari segi sudut dalaman rumah. Rumah ini penuh gaya yang dilengkapi dengan keluasan 9,867 kaki persegi. Difahamkan lagi, kediaman ini menjadi pilihan Almarhum Tunku Abdul Rahman sehingga mangkat pada tahun 1990.

Tambahan lagi, pemilik rumah ini menawarkan hartanah ini secara sewa bulanan bernilai RM 25 ribu sebulan. Pemilik atau organisasi ini masih berminat lagi untuk menjaga rumah dan ingin mengekalkan keaslian hartanah.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments