• shafika9

Kedai Di Jepun Jual Topeng Muka Berwajah Manusia Yang Sebenar

Updated: Sep 24, 2021

Hebat memang hebat, tapi itulah kehebatan teknologi terkini betul tak? Terdapat sebuah kedai topeng muka di Jepun yang menjual dari wajah manusia yang sebenar. Percaya atau tak? itu terserah kepada korang. Topeng muka ini bukan biasa-biasa saja boleh didapati, bahkan muka korang sendiri pun boleh juga tau.

Menurut dari the Japan times, kedai peruncit di Jepun tercetus idea semasa pandemik coronavirus pada tahun ini. Topeng muka ini diperbuat dari hiper-realistik yang menggunakan mesin pencetak 3D bermodelkan dari muka orang biasa tau!

Sumber: Reuters

Topeng muka ini akan dicadangkan untuk buat jualan sulung pada awal tahun depan. Agak-agak korang berapalah satu topeng muka, yang berwajah sendiri ini? Mengikut dari tuan kedai, Kamenya Omote harga yang akan diletakkan 98,000 Yen bersamaan RM 3,850 satu. Mahal gila weh! tapi itulah hakikat harganya.


Sumber: Reuters

Kata Okawara akan membayar setiap model dengan berharga 40,000 Yen bersamaan RM 1,570 untuk mencari muka yang tepat dari 100 permohonan yang menghantar gambar mereka pada Oktober yang lalu. Seorang pereka topeng muka mengolah semula gambar tersebut menggunakan mesin pencetak 3D.

Okawara juga berkata “saya bercadang akan membuat lagi muka-muka yang baru termasuk juga dari luar negara,”katanya lagi. 

Korang boleh check klip video dibawah ini, untuk mengetahui tentang topeng muka berwajah manusia dengan lebih lanjut.




Sumber artikel asal dari the Japan times

0 views0 comments