• Syaziyah Md Sharif

Kedah, Perlis Antara Yang Bakal Berdepan Dengan Jerebu

Ia susulan kebakaran hutan di Kemboja

Gambar Hiasan

Kebakaran hutan yang berlaku di Cambodia akan menyebabkan keadaan berjerebu di utara Semenanjung Malaysia.


Menerusi sebuah kenyataan di laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), jangkaan itu berdasarkan trajektori asap Output Model HYSPLIT.


Dalam kenyataan itu, Output Model HYSPLIT yang dijana hanya mengambil kira lokasi-lokasi titik panas yang dijangka akan memberi kesan kepada kualiti udara di Malaysia.


Selain itu, MetMalaysia memaklumkan, terdapat enam titik panas di Semenanjung Malaysia kategori “High Confidence Level” berdasarkan kepada imej satelit NOAA-20 pada 26 Januari 2022 yang direkodkan oleh Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC).





Sumber: Facebook


12 views0 comments