• Jonathan Shiek

Kecanggihan Teknologi Klinik Kerajaan Dubai Mengagumkan Netizen Di Media Sosial

Siapa saja yang tidak menggunakan media sosial TikTok pada masa kini untuk mengetahui perkembangan isu semasa dan untuk hiburan para netizen. Terdapat sebuah video yang dikongsikan salah seorang pengguna TikTok, Irfan Khairi yang menunjukkan suasana di salah sebuah klinik kerajaan di Dubai telah tular di media sosial. 

Klinik ini menjadi perhatian netizen kerana amat berbeza dari kebanyakkan negara, malah ia hanyalah sebuah klinik kerajaan dan dilihat dalam dunia yang penuh kecanggihan teknologi dan futuristik. Korang boleh lihat video di bawah ini.

@irfan.khairiPelik tak? Apa pendapat anda Dubai??? 🤯♬ Ampun Bang Jago – Tian Storm & Ever Slkr

Kebanyakkan yang dilihat menerusi video pendek tersebut, robot-robot kecil yang digunakan klinik kerajaan bagi membantu doktor menghantar sampel darah ke makmal. Bukan setakat itu sahaja, para pesakit yang berada dalam klinik juga boleh memesan minuman seperti kopi secara percuma dan yang paling hebat dihantar oleh robot itu sendiri.

Rata-rata netizen amat kagum dengan kecanggihan di klinik kerajaan Dubai dan ramai juga yang ingin berpindah ke Dubai kerana ingin merasai pengalaman tersebut. Siapa sahaja yang tidak mahu merasai pengalaman seperti ini bukan ?.

1 view0 comments