• Jonathan Shiek

Kebakaran Kilang Minyak Pertamina Masih Belum Dipadam

Kejadian kebakaran yang berlaku di salah sebuah kilang minyak PT Pertamina, RU VI Balongan di Jawa Barat yang masih belum dipadamkan sepenuhnya, menurut dari sebuah lapor program berita Liputan 6.

Menurut dari Pengurus Unit Hubungan Komunikasi & CSR Indramayu, Cecep Supriyatna yang berkata “api marak ia sudah dapat dikawal supaya ia tak merebak ke tangki yang lain. Punca kebakaran masih tak diketahui lagi dan dipercayai disebabkan oleh petir,” ujarnya.

Tambahnya lagi, “ ia mungkin mengambil masa sehingga tiga hari untuk kebakaran benar-benar dapat dipadamkan,” kata Pemangku Setiausaha BPBD Kabupaten Indramayu, Caya kepada CNN Indonesia.

Menurutnya, kerja-kerja memadam api agak sukar dilakukan, satu dari tangki berkenaan merupakan tangki penuh dengan minyak manakala dua tangki lain adalah kosong. Susulan dengan kejadian ini, ribuan penduduk terpaksa dipindahkan ke akwasan yang lebih selamat akibat api marak dan bau yang kuat. Kebakaran tersebut turut menyebabkan 29 orang tercedera ringan selain enam orang cedera parah.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

2 views0 comments