• Syaziyah Md Sharif

Keanu Reeves Dermakan 70 Peratus Gaji Filem 'Matrix'

Pelakon Hollywood tersebut mendermakan sejumlah wang itu kepada pusat penyelidikan kanser

Kredit Foto: DTNext

Siapa sahaja tak kenal dengan karakter ikonik Neo kan? Pelakon terkenal Keanu Reeves yang membawa watak itu telah menyumbangkan sebahagian besar pendapatannya daripada filem asal "The Matrix" kepada pusat penyelidikan kanser.


Keanu Reeves dilaporkan telah dibayar USD$10 juta (RM 42 juta) pendahuluan untuk filem sci-fi 1999, sebelum memperoleh lebih USD$35 juta (RM 146 juta) apabila filem itu menjadi blockbuster box office.


Menurut Lad Bible, pelakon itu menderma 70% daripada wang itu iaitu sebanyak USD$31.5 juta (RM 132 juta) untuk penyelidikan leukemia.


Kim disahkan menghidap kanser darah (leukemia) pada tahun 1991 dan menghabiskan masa satu dekad bertarung nyawa dengan menjalani rawatan sebelum dia akhirnya sembuh pada tahun 2001.


Bintang filem Speed itu juga secara rahsia menubuhkan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang dilaporkan bergiat aktif selama bertahun-tahun tanpa sebarang perhatian media.


“Saya mempunyai yayasan swasta yang telah beroperasi selama lima atau enam tahun dan ia membantu beberapa hospital kanak-kanak dan penyelidikan kanser.


“Saya tidak suka melampirkan nama saya untuk itu dan saya hanya membiarkan yayasan itu melakukan apa yang dilakukannya,” ujar Reeves pada 2009.





Sumber: New York Post

3 views0 comments