• shafika9

Kawasan Pot Baru Di Shah Alam Yang Korang Patut Tahu

Updated: Sep 24, 2021

Adakah korang jenis yang suka makan sambil santai-santai menghayati pemandangan yang indah? Kalau ya, maka ini lah kawasan pot baru yang korang perlu letakkan dalam next list selepas ini. 

Bertempat di Setia Eco Park, D’ Network di Shah Alam, Selangor. Dimana kawasan Shah Alam memang kebiasaan jadi pot melepak bagi golongan orang muda sekarang. Sekiranya, korang terbiasa dengar atau pun pernah pergi Waterfront@ Desa Park City di Kuala Lumpur, tempat ini akan memberi sedikit dejavu di minda korang kerana mengingatkan tempat yang lebih kurang sama.

Sumber: KL Foodie

Tempat ini juga menyediakan kedai-kedai dan dihiasi dengan air pancut di tengah-tengah tasik. Rasa romantik bukan?. Tapi ada masalah sedikit sejak musim PKPB ini, air pancut tersebut sekarang masih dalam penyelenggaraan disebabkan masalah paras air yang rendah.

Sumber: KL Foodie

Korang jangan risau dengan makanan yang disediakan disini, dari masakan makanan barat, cina dan pelbagai variasi yang tersedia di sini juga ada. Sekiranya, korang ada bercadang nak datang ke tempat ini,  saya mengesyorkan korang kena datang pada waktu malam. Sebab suasana malam yang lebih cantik dari waktu siang dengan dihiasi lampu-lampu hiasan, juga pemandangan tasik yang korang akan rasa terpegun dan tak boleh dilupakan.

Ini maklumat lanjut bagi tempat D’Network@ Setia Eco Park

Alamat: Jalan Setia Nusantara U13/17, Setia Alam, Seksyen U13, Setia Eco-park, 40170 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi: 8 pagi – 12 pagi, Setiap Hari

Links: Facebook | Instagram


View this post on Instagram

A post shared by D’Network @ Setia Eco Park (@dnetworksetiaecopark)


Sumber artikel asal dari KL Foodie

#DNetwork #Potbaru

0 views0 comments