• shafika9

Kawasan Lembah Klang Kini Beralih Fasa 2 Dan Tiada Lagi ‘Roadblock’ - PM

Dah boleh rentas negeri di kawasan Lembah Klang

Kredit foto: The Star


Kerajaan bersetuju untuk membenarkan kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai pada hari esok. Menerusi kenyataan di Facebook Rasmi, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan antara negeri tersebut sekaligus dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya.


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, peralihan ini memberi kelonggaran kepada penduduk lengkap menerima vaksin penuh termasuk kebenaran merentas daerah. Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19, dengan memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama.


Sumber artikel asal dari Harian Metro


0 views0 comments