• Jonathan Shiek

Kawan Liat Nak Bayar Hutang? Bawa Ke Mahkamah Terus!

Anda mesti pernah mempunyai pengalaman kawan berhutang tapi mereka susah betul nak bayar kan?

Menurut sebuah perkongsian di Twitter oleh @/imanmukhlis, mereka yang tidak membayar hutang terutamanya yang bernilai bawah RM 5,000 boleh terus dihadapkan ke mahkamah.

Kawan pinjam duit tapi liat nak bayar? Tak perlu hantar santau. Guna saluran yang betul. Ini bukti kejayaannya. Silahkan dicoba. pic.twitter.com/cBOQVoMk3V — ايمان مخليص (@imanmukhlis) January 14, 2021

Anda hanya perlu pergi ke mahkamah sivil berdekatan dan minta untuk membuka fail tuntutan kecil. Sertakan bayaran sebanyak RM 20 dan beritahu secara terperinci maklumat penghutang tersebut.

Mahkamah akan memanggil defendan melalui surat dan jika defendan mengaku bersalah, mereka dituntut untuk membayar segala hutang dalam masa 30 hari. Jika gagal berbuat demikian plaintiff boleh membuat tindakan mahkamah sekali lagi.

Sekiranya itu terjadi, defendan akan dikenakan hukuman yang lebih berat iaitu defendan perlu membayar on the spot atau disita segala harat atau boleh dikeluarkan waran tangkap.

Jangan liat bayar hutang ya!

0 views0 comments