• Jonathan Shiek

Katil Tokyo Olimpik Dikatakan ‘Anti-Seks’ Atau Lebih Kepada Kelestarian Alam?

Detik untuk permulaan temasya sukan Tokyo Olimpik semakin menghampiri dan pelbagai hal dan isu turut diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Baru-baru ini, kecoh diruangan Twitter seorang atlet gimnasium dari Ireland, Rhys McClenaghan telah menolak idea bahawa katil yang diperbuat dari kadbod untuk kegunaan para atlet Tokyo Olimpik ini tak cukup kuat untuk lakukan aktiviti kuat seperti ‘hubungan intim’ sambil dirinya yang melompat-lompat di atas katil tersebut.

“Anti-sex” beds at the Olympics pic.twitter.com/2jnFm6mKcB — Rhys Mcclenaghan (@McClenaghanRhys) July 18, 2021

Penganjur Tokyo Olimpik mengatakan katil yang diperbuat dari kadbod ini boleh dikitar semula dan tilam yang diperbuat dari bahan Polietilena yang akan digunakan semula untuk membuat produk plastik selepas temasya sukan berkenaan.

Pengilang Airwave mengatakan katil tersebut mampu menampung sekurang-kurangnya 200 kilogram berat. Terdapat laporan media lain mendakwa katil tersebut mudah runtuh sekiranya melebihi berat dari satu orang, ini bertujuan untuk mempromosikan jarak sosial dikalangan para atlet sendiri ketika pandemik COVID-19 masih lagi menular sehingga kini.

Perkara ini tercetus disebabkan seorang Atlet dari Amerika, Paul Chelimo menulis di Twitter beliau bahawa katil kadbod ini “bertujuan untuk menghindari hubungan intim di kalangan atlet.” Kemudian, McClenaghan menggunakan media sosial Twitternya untuk menolak idea tersebut. 

Beds to be installed in Tokyo Olympic Village will be made of cardboard, this is aimed at avoiding intimacy among athletes Beds will be able to withstand the weight of a single person to avoid situations beyond sports. I see no problem for distance runners,even 4 of us can do😂 pic.twitter.com/J45wlxgtSo — Paul Chelimo🇺🇸🥈🥉 (@Paulchelimo) July 17, 2021

Disebabkan itu, McClenaghan melakukan video yang berdurasi pendek 14 saat itu, dan mengatakan “tempat tidur ini dimaksudkan untuk ‘anti-seks’, memang ia diperbuat dari kadbod, ya dan nampaknya boleh pecah dengan pergerakan yang kuat. Ini adalah berita palsu,” katanya sambil melompat di atas katil itu.

Malah, di akaun Twitter Olimpik rasmi turut mengucapkan terima kasih kepada McClenaghan dalam satu ciapan dimana beliau memberikan penjelasan yang bagus dan menyelesaikan perkara itu “Tempat tidur kadbod yang mampan dan kukuh,” tulisnya.

Thanks for debunking the myth.😂You heard it first from @TeamIreland gymnast @McClenaghanRhys – the sustainable cardboard beds are sturdy! #Tokyo2020 https://t.co/lsXbQokGVE — Olympics (@Olympics) July 19, 2021

Bukan setakat itu sahaja, pihak penganjur Tokyo Olimpik turut memberikan sekitar 150,000 kondom pada temasya tersebut. Para atlet dinasihatkan untuk membawa pulang kondom tersebut daripada menggunakan di Tokyo Olimpik Village dimana peraturan untuk menjaga penjarakan sosial dari berlakunya jangkitan COVID-19.




Sumber artikel asal dari Berita Kini

0 views0 comments