• Syaziyah Md Sharif

Katil Berbentuk Seakan Kubur Tarik Perhatian Netizen

"Kalau tidur ni auto insaf" - Netizen

Tangkap layar video TikTok

Sebuah video menjadi viral di Indonesia apabila pengguna media sosial TikTok berkongsi sebuah katil yang rekaanya seakan kubur!


Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan di TikTok, katil tersebut diperbuat daripada seramik, simen dan batu-bata dan ini menajdikan katil itu tidak boleh dialihkan ke tempat lain oleh pemiliknya.

Selain itu, bahagian tengah katil itu turut dibuat lebih rendah dari bahagian tepinya bagi membolehkan tilam diletakkan di situ.


Bahagian kepala katil pula direka dengan bentuk kotak yang berlubang, menambahkan lagi rekaan unik pada katil tersebut.


“Ini katil untuk orang hidup atau mati?” kata keterangan dalam video yang dimuat naik oleh akaun @vanessa17127.


Rekaan katil itu menjadi perhatian netizen dengan ada yang menjelaskan bahawa ia merupakan rekaan katil seperti zaman dahulu.

11 views0 comments