• shafika9

Kasut Michael Jordan Bakal Dilelong Berharga RM 6 Juta

Ada yang berminat ke nak beli ?

Kredit foto: Jim Fisiterapia


Kalaulah diberi peluang untuk memiliki kasut pemain sukan terkenal, adakah korang sanggup untuk membelinya dengan harga yang mahal?. Baru-baru ini, kasut sukan milik legenda bola keranjang, Michael Jordan yang pernah dipakai olehnya ketika musim pertama sebagai pemain profesional pada tahun 1984, kini bakal dilelong pada harga AS$1.5 juta (RM 6.3 juta).


Kasut berwarna merah dan putih dikenali sebagai Nike Air Ships itu merupakan kasut biasa pertama keluaran jenama itu untuk Jordan. Kasut tersebut dipakai ketika perlawanan dan ditandatangani oleh Jordan serta ia merupakan kasut terawal yang dipakai sendiri pada tahun 1984 dan 1985. Tahun tersebut merupakan musim pertama Jordan dalam pasukan Persatuan Bola Keranjang Nasional (NBA) dengan kumpulan Chicago Bulls.


Melalui dari firma lelongan Sotheby’s menjangkakan kasut itu dapat memecahkan rekod jualan kasut yang pernah dilelong sebelum ini iaitu Nike Air Jordan 1 , tahun 1985 yang terjual pada harga AS$615,000 (RM 2.5 juta). Walaupun, bintang tersebut tidak lagi bermain, Nike masih tetap mengeluarkan kasut siri Air Jordan versi baharu.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


7 views0 comments