• Syaziyah Md Sharif

Kapten Pasukan Hoki India Kahwini Wanita Malaysia

Updated: Sep 24, 2021

Manpreet Singh Pawar melangsungkan majlis perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia, Illi Najwa Saddique setelah bersama hampir lapan tahun.

Majlis perkahwinan mereka diadakan di kampung halaman Manpreet di Mithapur, Jalandhar, Punjab.

Oleh kerana wabak Covid-19 yang menular, perkahwinan mereka sepatutnya diadakan April lepas. Walaubagaimanapun majlis itu terpaksa ditangguhkan ke bulan Disember.

Majlis yang ringkas tetapi meriah itu dihadiri ahli keluarga dan juga pasukan hoki India.

Difahamkan Illi Najwa, 27, berjaya mendapatkan permohonan khas daripada kerajaan Malaysia dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri India untuk terbang ke New Delhi seterusnya meneruskan perjalanan ke kampung halaman Manpreet.

Pasangan itu pada awalnya merancang majlis perkahwinan mereka pada 30 Disember serentak dengan hari lahir Illi Najwa namun akhirnya memilih 2 Disember atau 02/12/20 apabila dihitung akan berakhir dengan tujuh serta membawa makna nombor jersi yang dipakai Manpreet.

Semoga berbahagia!

Sumber: Harian Metro

0 views0 comments