• Jonathan Shiek

Kapal Nanggala 402 : Kesemua 53 Anak Kapal Selam Meninggal Dunia

Kehilangan kapal selam KRI Nanggala 402 menjadi bahan bualan orang ramai dan kini berjaya ditemui selepas beberapa bahagian kapal selam dijumpai hasil penelitian dasar laut. Manakala, kesemua anak kapal berkenaan disahkan meninggal dunia menurut Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto pada sidang media semalam.

“KRI Rigel telah melakukan penyiasatan dengan lebih terperinci di lokasi kejadian dengan menggunakan multibeam sonar dan magnetometer telah menghasilkan visual dalam air bagi penampakan lebih terperinci. Turut MV Ship Rescue iaitu alat kawalan jauh tanpa pemandu bawah air (ROV) untuk visual bawah air menggunakan kamera”.

Antara yang dijumpai seperti kemudi kipas belakang kapal selam, sauh, bahagian luar badan kapal selam, alat selaman yang terapung serta beberapa bahagian kapal yang lain. Penemuan serpihan berkenaan mengukuhkan lagi nahas yang menimpa kapal selam itu.

Sumber artikel asal dari Astro Awani

0 views0 comments