Jonathan Shiek
Kapal Komersial Karam, Seorang Maut Dan 12 Lagi Hilang
Sebuah kapal cari gali dan gas komersial yang didapati karam di Louisiana, Amerika Syarikat akibat ribut kuat telah meragut nyawa seorang individu dan manakala lagi 12 hilang. Kapal pasukan pengawal pantai dan milik para sukarelawan berusaha mencari mangsa yang terselamat selepas ia karam pada Selasa dalam ribut dekat Pelabuhan Fourchon.
Menurut dari seorang pegawai Pasukan Pengawal Pantai, Kapten Will Watson, beliau menerima satu panggilan dari kapal berkenaan pada jam 4.30 petang waktu tempatan. Kapal Seacor Power yang karam itu adalah sepanjang 39.3 meter, kata Pasukan Pengawal Pantai.
Sumber artikel asal dari Astro Awani