• Jonathan Shiek

Kapal Ever Given Kini ‘Ditahan’ Pihak Kerajaan Mesir Tuntut Bayar Ganti Rugi RM 4.1 Bilion

Kejadian yang berlaku pada Terusan Suez masih tak berakhir dengan mudah hanya disebabkan kapal kargo The Ever Given yang tersekat ditengah-tengah laluan telah menyebabkan kerugian yang banyak pada satu dunia. Kerugian tersebut sehingga ia mencecah RM 1.6 billion per jam. 

Perkara ini salah satu memberi kesan kepada kapal-kapal yang tak boleh melalui Terusan Suez, dan memberi impak yang teruk kepada kerajaan Mesir apabila tak dapat mengutip bayaran tol daripada kapal lain kerana tak boleh melalui laluan tersebut.

Kerajaan Mesir telah menyatakan bahawa pemilik kapal berkenaan perlu jelaskan pampasan sebanyak USD 1 bilion (RM 4.1 bilion). Menurut Osama Rabie, tuntutan berkenaan bagi menjelaskan kos perbelanjaan peralatan dan jentera  yang digunakan untuk membersihkan laluan tersebut, kerosakan laluan akibat kapal korek dan memberi ganti rugi kepada sekitar 800 orang pekerja untuk mengeluarkan kapal yang tersekat.

Jumlah kos anggaran kerugian yang dialami oleh kerajaan Mesir dan juga termasuk 400 kapal yang gagal untuk melalui terusan tersebut serba sedikit memberi kesan teruk. Pihak Shoei Kisen Kaisha Ltd, pemilik Ever Green dari Jepun mendedahkan bahawa pihak mereka masih tak mendapat maklumat rasmi dari pihak kerajaan Mesir mengenai perkara ini.

Sumber: Arab News

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments