• Jonathan Shiek

Kapal Ditemui, KRI-Nanggala 402 Disahkan Tenggelam Pada Kedalaman 850 Meter

Hilang dari radar sejak 21 April lalu, kapal selam dari Indonesia ini telah menjadi perhatian dunia selepas tidak menerima sebarang signal daripada pihak kapal.

Kehilangan kapal ini secara tidak langsung turut mendorong beberapa negara seperti Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat bergabung tenaga dalam mencari kapal selam yang dinamakan sebagai KRI-Nanggala 402 ini. Lebih membuatkan orang ramai risau, kapal KRI-Nanggala ini dilaporkan cuma mempunyai bekalan oksigen setakat hari ini sahaja.

Terbaharu, menerusi laporan daripada Times Indonesia, Panglima Tentera Negara Indonesia Marsekal Hadi Tjahjanto mengesahkan KRI-Nanggala 402 disahkan tenggelam. Terdapatnya tumpahan minyak dan serpihan kepingan antara yang menjadi bukti kukuh tenggelamnya kapal KRI-Nanggala 402.

[BREAKING] dengan adanya bukti-bukti otentik. resmi dinyatakan status KRI-Nanggala (402) SUBSUNK / Kapal Selam Tenggelam. — Lembaga KERIS (@LembagaKERIS) April 24, 2021
Kepingan Ditemukan, Panglima TNI: Bukti Autentik KRI Nanggala 402 Tenggelam: Kapal selam TNI Angkatan Laut (AL) KRI Nanggala-402 mengalami blackout dan hilang Rabu (21/4/2021) dini hari. Panglima TNI… https://t.co/tSbs4WLZL9 #beritabaik #timesindonesia #ketahananinformasi — TIMES INDONESIA (@timescoid) April 24, 2021

Kapal selam ini dilaporkan berada pada paras 850 meter dalam laut di mana status individu yang berada dalam kapal masih belum dapat disahkan. Usaha untuk menaikkan semula kapal selam KRI-Nanggala 402 ini masih lagi diusahakan.

Untuk pengetahuan, kapal selam buatan Jerman berusia 42 tahun ini mulai terputus hubungan pada 4.25 pagi Rabu sejak memaklumkan keizinan untuk menyelam dan sejak daripada itu tiada lagi perkhabaran diterima daripada pihak kapal.

Didoakan semoga urusan pencarian kapal selam KRI-Nanggala 402 serta 53 anak kapal dipermudahkan dalam waktu yang getir ini.

Sumber: TheVocket

0 views0 comments