• Syaziyah Md Sharif

Kanye West Kini Dengan Rasmi Dikenali Sebagai 'Ye'

Lagi pendek lagi senang ingat kot...

Kredit Foto: The Bangkok Post

Penyanyi hip hop ternama, Kanye West kini secara rasminya dikenali sebagai 'Ye'.


Mahkamah Los Angeles meluluskan permohonan penyanyi rap Kanye West untuk menukar namanya daripada Kanye Omari West kepada Ye sahaja.


"Jika tiada bantahan, permohonan untuk menukar nama diluluskan," kata hakim Michelle Williams.


Dokumen mahkamah menunjukkan Kanye memfailkan permohonan itu pada 24 Ogos atas alasan peribadi.


Kanye telah menggunakan nama Ye di semua akaun media sosial miliknya selama beberapa tahun lepas. Dia telah meluahkan hasrat untuk menukar nama kepada Ye dalam dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya pada 2018.


Sebagai info, nama tersebut turut menjadi tajuk kepada albumnya pada 2018.




Sumber: Astro AWANI

0 views0 comments