• Jonathan Shiek

Kanak-Kanak Perempuan Peneman Bapa Ketika Hantar Barang

Pernahkah korang melihat seorang budak kecil yang mengikut ayahnya pergi kerja ? mungkin ia agak jarang didengar mahupun dilihat bukan?. Tapi tak pula, pada seorang ayah ini yang suka membawa anak perempuannya dan di letakkan dalam sebuah beg berwarna biru ketika melakukan kerja penghantaran.

Lelaki berkenaan yang berasal dari wilayah Jiangsu, China telah tular di media sosial apabila dirakam sambil membawa anak perempuanya yang berusia dua tahun ikut ketika sedang kerja melakukan pekerjaan. Lelaki berkenaan dikenali Li Yuanyuan terpaksa membawa anaknya, Fei’er semasa bekerja kerana tak mampu menghantar Fei’er ke pusat jagaan kanak-kanak.

Yuanyuan secara bergilir-gilir menjaga Fei’er bersama isterinya yang bekerja di sebuah pasar basah selepas anaknya menghidap penyakit pneumonia ketika berumur lima bulan. Yuanyuan juga tiada pilihan lain dan sedar akan risiko yang harus ditanggung ketika membawa Fei’er bekerja.

“Kami tinggal di sebuah bilik seluas 32 meter per segi dengan sewa AS$45 (RM186). Ramai juga yang ingin membantu saya, tapi saya terpaksa menolak kerana saya merasakan masih mampu untuk menyara keluarga. Kebiasaannya, pada waktu pagi Fei’er akan mengikut saya bekerja manakala pada waktu petang isteri akan mengambil alih tugas menjaganya,” ujar Yuanyuan.

Korang boleh lihat video pendek berkenaan di bawah ini, untuk ketahui lebih lanjut.




Sumber artikel asal dari Kosmo!

1 view0 comments