• shafika9

Kanak-Kanak Perempuan Cedera Akibat Digigit Kera Jantan

Kena berhati-hati kalau nampak kera liar lepas ini

Kredit foto: Harian Metro


Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia setahun tujuh bulan yang cedera di bahagian belakang badan akibat digigit seekor kera jantan di Taman Dusun Nyior. Kejadian tersebut berlaku pada 8.40 pagi hari Selasa, mangsa dikatakan sedang bermain di halaman rumah bersama kakaknya, sebelum diserang haiwan liar berkenaan di depan rumah.


Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Wan Mat Harun, berkata kanak-kanak tersebut kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk tindakan lanjut.


”Pihak kami menerima aduan daripada seorang wanita yang memaklumkan anak saudaranya cedera kerana digigit seekor kera di halaman rumah mereka. Tiga anggota kami bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kera jantan berada di atas pokok di seberang jalan berhampiran rumah keluarga mangsa.


“Kera jantan itu dianggarkan seberat 8 kilogram, kemudian ditembak mati sebelum dibawa ke pejabat untuk tindakan lanjut,” katanya.


Mengikut dari siasatan, pihaknya mendapati kera tersebut mungkin tersesat ke kawasan kediaman penduduk kerana pihaknya tidak pernah menerima sebarang laporan serangan haiwan di kawasan berkenaan sebelum ini.


Sumber artikel asal dari Sinar Harian


4 views0 comments