• Jonathan Shiek

Kanak-kanak OKU Menarik Perhatian Kerana Mempunyai Mata Berwarna Biru

Seorang kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak dan bisu di Kampung Bukit Kelulut mempunyai sebuah keunikkan dimana matanya berwana biru sebelah.

Muhammad Hakim Hussien, 4, adalah anak tunggal kepada pasangan OKU, Hussien Amid, 44, dan Siti Hajar Abu, 35, yang juga pekak dan bisu.

Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai ‘heterochromia’ . Ianya merupakan fenomena yang jarang berlaku iaitu seorang individu mempunyai dua warna mata berbeza, boleh terjadi sejak lahir disebabkan genetik atau kerana kecederaan dan penggunaan ubat-ubatan.

Menurut ibu saudara Siti Hajar, Aminah Jaafar, 58, cucu saudaranya itu memiliki warna biru pada mata sebelah kanan sejak lahir.

“Dalam keluarga kami setakat ini tiada yang pernah memiliki warna mata sebegini dan hanya Muhammad Hakim memiliki keistimewaan tersebut.

“Setakat ini penglihatannya normal. Dia pun seorang kanak-kanak yang ceria dan manja dengan saya kerana setiap petang saya akan menjaganya di rumah atas nasihat doktor atas faktor keselamatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Kanak-kanak istimewa itu ditemui ketika kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Bukit Kelulut, Abu Kasim Kamat dan Pegawai Pertahanan Daerah Temerloh, Muhammad Ikram Harun di rumah keluarga tersebut pada Khamis.

Unik kan?

#heterochromia #matabiru

1 view0 comments