• Jonathan Shiek

Kanak-Kanak Koma Yang Dicampak Sebanyak 27 kali Ketika Berlatih Judo Kini Disahkan Meninggal Dunia

Seorang budak yang pada sebelum ini parah akibat dia ‘dibelasah’ sebanyak 27 kali oleh rakannya sehingga mengalami pendarahan otak. Budak lelaki ini dikenali Huang, 7 tahun yang berasal dari Taiwan telah koma selama 70 hari di hospital akibat perbuatan jurulatihnya dan serta dua orang orang pelajar senior semasa berlatih seni bela Judo di sebuah studio. 

Setelah bertarung nyawa selama 2 bulan lebih di ruang ICU, kanak-kanak itu tidak lagi mampu bertahan dan kini Huang telah pun disahkan meninggal dunia pada Rabu lalu, 30 Jun 2021. Antara penyebab utama ialah Huang mempunyai masalah pendarahan dalam otak serta  masalah pernafasan setelah beberapa organ dalam dilaporkan gagal berfungsi dengan baik.

Jurulatihnya yang berusia 60 tahun kemudian ditahan polis atas kesalahan melakukan serangan fizikal sehingga cedera. Jurulatihnya yang dikecam kerana menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa dalam latihan itu. Bagaimanapun, ia dibebaskan dengan jaminan selepas polis selesai menjalankan siasatan. 

“Sebelum ini Huang pernah mengadu mengalami sakit kepala yang amat teruk dan berkali-kali merayu supaya latihan tersebut diberhentikan serta-merta. Jurulatihnya yang tak mengedahkan langsung dan sikap berdegil masih terus menghempas Huang ke atas lantai sehingga kanak-kanak itu jatuh pengsan dan termuntah,” kata pihak pendakwa.

Ia dilaporkan juga bahawa, pak cik Huang menemani Huang ketika menghadiri ke kelas Judo tersebut dilaporkan gagal menghalang jurulatih berkenaan daripada terus menghempas Huang ke atas lantai.

Sumber artikel asal dari Harian Metro & VOCKET

0 views0 comments