• Jonathan Shiek

Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Selesai Jalani Majlis Merisik

Selepas lamaran mengejut yang dibuat oleh Kamal Adli kepada Uqasha Senrose ktika Anugerah MeleTOP yang lalu, ramai yang ternanti-nanti majlis penyatuan hati pasangan itu.

Semakin dekat dengan hari bermakna tersebut, mereka berkongsi akan diijabkabulkan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi baru-baru ini.

Terbaru, adik kepada Uqasha iaitu Raysha Rizrose mengesahkan bahawa keluarga Kamal Adli telah merisik kakaknya pada sebuah majlis yang ringkas semalam.


Diadakan di sebuah hotel di ibu kota, majlis tersebut diadakan secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga rapat kedua-dua belah pihak sahaja termasuk Kamal sendiri.

Malah Raysha menyatakan bahawa pasangan merpati dua sejoli itu bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.

0 views0 comments