• Jonathan Shiek

Kali Pertama Mengaji Di TV, Zizi Kirana Kagumkan Penonton!

Rapper yang terkenal dengan lagu “Eh!” itu sebelum ini memadam gambar-gambarnya yang berimej seksi di laman Instagramnya.

Baru-baru ini, Zizi Kirana memuat naik videonya bertaranum di akaun TikTok dan mendapat maklum balas yang baik daripada pengikut dan peminatnya.

@kir4n4Pertama kali tampil mengaji di kaca TV , mau tercabut lutut 😬 InsyaAllah saya akan terus belajar lagi ❤️ ##RahsiaRamadhan

♬ original sound – Zizi Kirana


Ramai yang tidak menyangka bakat terpendam rapper terkenal itu!

Difahamkan, Zizi bakal muncul menerusi sebuah program Rahsia Ramadhan yang akan ditayangkan pada bulan puasa nanti.

Walaupun ini merupakan kali pertamanya bertaranum di khalayak ramai, beliau tidak kelihatan kekok dan bacaanya sangat merdu!

Rata-rata netizen mendoakan kebaikan buat Zizi.

#zizikirana

0 views0 comments