• Syaziyah Md Sharif

Kalau Cepat Penat, Cuba 5 Jenis Makanan Ini

Updated: Sep 24, 2021

Secara ringkasnya, metabolisma ialah keupayaan badan korang untuk menukarkan makanan yang kita makan menjadi tenaga. Bila kita makan kurang dan badan kita mengalami kalori deficit, badan kita akan bakar lemak yang tersimpan di dalam badan untuk dijadikan tenaga.

Berikut adalah makanan/minuman yang dapat bantu korang untuk meningkatkan pembakaran lemak di dalam badan korang.

1. Kopi

Kopi adalah minuman yang meningkatkan kadar metabolisma secara semulajadi. Ia dapat bantu membakar kalori lebih banyak daripada biasa.

2. Epal

Epal adalah salah satu pilihan terbaik untuk anda makan sebagai snek. Epal membantu mengawal kadar gula di dalam darah serta mengenyangkan. Selain daripada itu, kandungan Lecithin di dalam epal dapat bantu meningkatkan metabolisma.

3. Grapefruit

Dengan meminum jus grapefruit setiap pagi dapat meningkatkan kadar metabolism badan anda. Ini kerana grapefruit rendah dengan sodium dan tinggi dengan vitamin c.

4. Teh Hijau

Teh hijau mengandungi EGCG yang dapat bantu menaikkan kadar metabolisma tubuh ke tahap yang lebih tinggi. Anda boleh minum 2 cawan sehari untuk kesan yang maksima.

5. Hot Pepper (Cili Padi/Cili)

Cili padi dan cili biasa mengandungi capsaicin. Capsaicin adalah bahan kimia yang memberikan rasa pedas kepada cili. Capsaicin telah ditunjukkan bantu meningkatkan kadar penggunaan tenaga dan pembakaran lemak.

0 views0 comments