• Syaziyah Md Sharif

Kajian Mendapati Penggunaan Peranti Elektronik Menjejaskan Kesihatan Mental Kanak-Kanak

Terutama di musim pandemik ini

Gambar Hiasan

Lebih banyak 'masa skrin' dalam kalangan kanak-kanak semasa pandemik COVID-19 membawa kepada peningkatan dalam isu kesihatan mental dan masalah tingkah laku.


Kajian yang dilakukan oleh JAMA Network Open itu medapati di antara lebih 2,000 kanak-kanak berumur 2 hingga 18 tahun di Ontario, Kanada, terdapat korelasi antara peningkatan masa yang dihabiskan untuk menonton televisyen, bermain permainan video dan menggunakan peranti lain serta masalah kesihatan mental dan tingkah laku.


Data menunjukkan kanak-kanak serta remaja yang menghabiskan lebih daripada dua hingga tiga jam sehari menonton televisyen, bermain permainan video atau menggunakan peranti elektronik mempunyai kadar kemurungan, kebimbangan dan kerengsaan yang lebih tinggi, serta masalah perhatian dan hiperaktif.


Kelaziman simptom ini meningkat dengan masa skrin dan sangat tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang menghabiskan sembilan jam atau lebih sehari menggunakan peranti elektronik, ia berlaku semasa bahagian awal pandemik COVID-19 apabila sekolah ditutup, kata penyelidik.


Menurut pengarang kajian, Dr. Catherine S. Birken, kesan tersebut akan menjadi lebih besar sekiranya lebih banyak masa dihabiskan pada skrin.


“Kanak-kanak dengan masa skrin yang lebih lama mempunyai tahap gejala kesihatan mental lebih tinggi berbanding mereka yang kurang melakukan aktiviti tersebut,’’ katanya.




Sumber: United Press International

13 views0 comments