• Jonathan Shiek

Kajian Mendapati Keberkesanan Pfizer Kurang Berkesan Buat Orang Obes

Seperti kita sudah mengetahui, vaksin Pfizer telah selamat diterima di negara Malaysia mahupun juga bagi kebanyakan negara luar. Walaubagaimanapun, masih ramai yang masih meragui keberkesanannya yang mampu untuk melindungi dari wabak ini. Tapi tahukah korang, bahawa suntikan Pfizer dikhabarkan kurang berkesan kepada mereka yang terlebih berat badan atau kategori obesiti?

Menurut dari sebuah laporan akhbar Mirror UK, terdapat dari sebuah kajian yang telah dilakukan oleh para saintis di Itali di mana mereka mendapati dengan dua suntikan dos vaksin Pfizer kurang menampakkan kesan perlindungan kepada golongan obesiti atau sesiapa yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 30.

Bagi yang kurang faham pengiraan ini, BMI dikira dengan berat badan (kilogram) dibahagikan dengan tinggi (meter) dan darab dengan tinggi (meter). Para saintis dari Itali menyarankan bagi keperluan dos suntikan yang tinggi buat golongan obesiti berbanding dengan hanya dua dos suntikan Pfizer untuk melindungi diri daripada terjangkiti COVID-19.  

Ini disebabkan antara faktor kesihatan, di mana para saintis berpendapat sesetengah daripada mereka yang berbadan berlebihan hanya mendapat separuh perlindungan saja. Ini menyebabkan juga pesakit tersebut kurang penerimaan antibodi dan mudah terdedah dengan jangkitan COVID-19 walaupun disuntik dua dos vaksin Pfizer sekali pun.

Sumber: Nikkei Asia

Walaubagaimanapun, kajian ini masih belum mendapat kata sepakat yang kukuh untuk mengsahihkan bahawa suntikan Pfizer ini kurang berkesan kepada golongan obesiti kerana berdasarkan ujian suntikan vaksin Pfizer terdapat 248 orang obesiti yang telah menerima dengan baik manakala, 26 peserta lain dilaporkan menerima separuh perlindungan antibodi dari suntikan vaksin ini.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments