Syaziyah Md Sharif
Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Semakin Meningkat
Dr Noor Hisham menggesa orang ramai sentiasa melakukan langkah-langkah pencegahan

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt mencatatkan peningkatan sejak 6 November lalu biarpun kebanyakan indikator utama seperti purata kes aktif, kematian dan kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun.
Berdasarkan analisis semasa jangkitan Covid-19 sehingga 13 November iaitu Minggu Epidemiologi (ME) ke-45, sebanyak 2,541,147 kes kumulatif Covid-19 dilaporkan dengan 64,047 kes aktif dan 29,631 kes kumulatif kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kadar kebolehjangkitan itu memberi kesan apabila kes baharu Covid-19 juga meningkat 11 peratus pada ME ke-45 berbanding minggu sebelumnya.
“Situasi ini kekal membimbangkan Kementerian Kesihatan (KKM) kerana peningkatan kes baharu dan nilai Rt daripada minggu sebelumnya menggambarkan potensi penularan jangkitan Covid-19 kepada masyarakat, seterusnya risiko pendedahan yang lebih tinggi untuk dijangkiti oleh virus tersebut.
“Sebagai makluman, peningkatan nilai Rt berkadar terus dengan peningkatan kes baharu Covid-19 terutamanya jika langkah-langkah pencegahan tidak diamalkan sepenuhnya oleh semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sentiasa amalkan langkah-langkah berjaga okay?
Sumber: Kosmo!