• Syaziyah Md Sharif

Kad Pokemon Boleh Mencecah Harga RM 6.84 Juta!

Cuba tengok, kot-kot korang ada simpan ke

Gambar Hiasan

Pokemon sememangnya sebuah siri animasi Jepun yang sangat sinonim dengan masa kanak-kanak kita dan seperti yang kita tahu siri animasi tersebut juga mengeluarkan permainan video serta barangan, termasuklah kad permainan.


Percaya atau tidak, kad Pokémon boleh bernilai sehingga GBP £1.2 juta (RM 6.84 juta)!


Pokémon ialah satu siri permainan komputer dan kad koleksi yang tertumpu pada dunia fantasi di mana manusia menangkap dan melatih raksasa kartun untuk 'berlawan'.


Menurut laporan Mirror UK, permainan kad ini telah dilancarkan pada tahun 1996 dan terdapat 34.1 bilion kad individu yang dijual di seluruh dunia, sesetengah kad ini tidak bernilai apa-apa - tetapi kebanyakan kad tetapi ia sangat bernilai kepada pembeli yang betul.


Perkara tersebut dimaklumkan menerusi laman web kewangan, Money.co.uk yang bertindak menganalisis harga penjualannya di sebuah laman penjualan dalam talian, eBay.


“Kad-kad Pokemon telah berkembang pesat sebagai pelaburan alternatif yang terkenal. Permainan yang mempunyai nostalgia tersendiri ini menarik imaginasi ramai peminat disebabkan gabungan watak yang ikonik sehingga mereka sanggup membelanjakan wang untuk mengumpulkannya,’’ jelas pakar kewangan Money.co.uk, Salman Haqqi.


Antara harga kad yang disenaraikan adalah watak Pikachu berharga £1.2 juta (RM6.84 juta), Kangaskhan £350,000 (RM1.99 juta), Blastoise dan Venusaur £185,868 (RM1.06 juta), Rayquaza £73,062 (RM416,804) serta Ivysaur £54,797 (RM312,606)




Sumber: Mirror UK

7 views0 comments