• Jonathan Shiek

Juruterbang Tergamak Bunuh Isteri Sendiri Takut Akan Ditinggalkan

Kejadian yang berlaku di Athens apabila si suami, Babis Anagnostopoulos membunuh isterinya, Caroline Crouch dengan mencekik leher mangsa selepas mengugut untuk meninggalkan suspek bersama bayi mereka.

Hal ini disahkan di ibu pejabat polis Athens selepas Jabatan Homisid melakukan soal siasat selama lebih lapan jam. Suspek yang juga juruterbang helikopter telah mendedahkan pada malam kejadian berlaku pertengkaran dengan isterinya yang juga seorang pelajar.

“Daia mencampakkan anak kami di atas katil bayi dan menyuruh saya keluar dari rumah. Dia turut menolak dan menumbuk saya dan kerana tidak dapat berfikir dengan waras, saya mencekiknya kemudian mengatur rancangan seolah-olah berlaku rompakan,” katanya.

Antara bukti yang baru daripada suspek berkenaan ialah pembunuhan berkenaan dengan menerusi aplikasi telefon bimbitnya yang mendedahkan setiap tindakan dilakukannya ketika mendakwa matanya ditutup dan diikat oleh perompak pada kejadian bulan lalu.

Polis turut menemui jam pintar milik mangsa yang memberi petunjuk apabila merekodkan nadi mangsa berhenti lebih awal daripada waktu Anagnostopoulos mendakwa mangsa dibunuh. Suspek yang juga 12 tahun lebih tua dari isterinya ditahan di sel ibu pejabat polis Greece.

Polis mengambil masa terlalu lama untuk merungkaikan kes ini dan ia dikritik banyak pihak kerana terlalu lama untuk di siasatan dijalankan.

Sumber artikel asal dari Berita Harian

0 views0 comments