• Jonathan Shiek

Juruterbang 18 Tahun Pecahkan Rekod Dunia, Kelilingi Dunia Secara Solo

Seorang remaja berjaya memecahkan Guinness World Records apabila menjadi juruterbang termuda mengelilingi dunia secara solo selama 44 hari merangkumi jarak penerbangan sejauh 40,234 kilometer (km).

Travis Ludlow,18, tiba di Belanda awal pagi ini (waktu tempatan) selepas memulakan penerbangannya di negara itu pada 29 Mei lepas.

Remaja berasal dari Buckinghamshire, England itu terbang selama lapan jam dalam hari-hari pengembaraannya. Dia mengemudi pesawat ringan jenis Cessna 172 N5010.

Ada masanya, Ludlow terbang sejauh 1,609 km sehari tanpa berhenti.

Pengembaraan dalam memecahkan rekod dunia itu menyaksikan dia berhenti di 13 negara iaitu Belanda, Poland, Rusia, Amerika Syarikat , Kanada, Greenland, Iceland, Britain, Ireland, Sepanyol, Maghribi, Perancis dan Belgium.

Credit: Daily Mail


Bagi memecahkan rekod dunia kategori tersebut, Ludlow perlu melakukan penerbangan sejauh  sekurang-kurangnya 39,461 km. Dia melepasi  jarak tersebut apabila  tiba di Gibraltar, Sepanyol selepas berlepas dari Donegal, Ireland.

Disebabkan pesawat yang diterbangkannya hanya mempunyai keupayaan maksimum untuk terbang pada ketinggian 4,877 meter (m), ia memberi kelebihan kepada Ludlow untuk menikmati pemandangan indah di sepanjang perjalannya.

Bukan itu sahaja, remaja itu juga perlu bergelut dengan cuaca buruk termasuk ribut, salji dan olakan udara di kawasan pergunungan yang boleh menyebabkan pesawatnya terhempas dalam masa hanya beberapa saat.

Sumber: Kosmo!, Daily Mail

0 views0 comments