• Jonathan Shiek

Jurutera Malaysia Ini Reka ‘Speaker’ Untuk Kereta McLaren!

Pencinta automobil diluar sana pasti kenal dengan jenama kereta mewah McLaren kan?

Pada tahun 2018, McLaren melancarkan sebuah rekaan kereta ‘sport’ yang hanya ada 500 unit dan ianya diberi nama McLaren Senna.

Apa yang lebih menarik ialah, rekaan pembesar suara atau ‘speaker’ di dalam kereta itu adalah rekaan anak Malaysia!

Rekaan tersebut telah diterbitkan oleh European Patent Office pada 21 Oktober 2020 lalu.

Dalam laman sosial Facebook, Ruslin Tamsir berkongsi pengalaman dan kegembiraanya dalam mencipta bahagian di dalam kereta mewah itu.


My patent for McLaren speaker was finally published by the European Patent Office on 21 October 2020 ! I worked hard to… Posted by Ruslin Tamsir on Tuesday, January 19, 2021

Beliau telah menceburkan diri dalam industri automotif sejak tahun 2007 lagi kerana minatnya yang mendalam terhadap reka cipta automobil.

Beliau juga sebelum ini mengambil pengajian selama lima tahun di University of Applied Science Ravensburg-Weingarten sebelum mula berkhidmat di syarikat automotif seperti Harman International dan Daimler AG.

Tahniah!

#mclaren

0 views0 comments