• Jonathan Shiek

Jumlah Kematian COVID-19 India, Kini Sudah Melepasi 350,000

Kementerian Kesihatan India yang mengesahkan angka kematian COVID-19 India mencapai jumlah 351, 309 pada Selasa lalu. Dalam tempoh 24 jam terakhir, India mencatatkan 2,123 kematian akibat pandemik itu.

Pada Isnin lalu jumlah COVID-19 baharu didaftarkan sejak pagi lagi dengan jumlah 86,498 kes dimana jumlah tersebut antara terendah dalam sehari sejak lebih dari dua bulan lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara tersebut sehingga mencecah 28,996,473 kes.

Jumlah kes aktif harian juga menurun sejak beberapa hari terakhir, setelah menyaksikan peningkatan berterusan sejak pertengahan April. Manakala, kes aktif terdapat 1,303,702 kes aktif di negara ini dengan penurunan sebanyak 97,907 kes dalam 24 jam terakhir.

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

0 views0 comments