• Jonathan Shiek

JPJ Kini Buru Lori Dan Bas Menggunakan ‘Hon Tenonet’

Pada bulan yang lalu, JPJ akan mengenakan saman pada kenderaan yang menggunakan ekzos bising dan juga penggunaan tayar ‘kangkang’ bakal berhadapan dengan tindakan denda dan penjara.

Namun, kali ini pula pihak JPJ mengeluarkan tindakan baru iaitu sesiapa sahaja menggunakan hon ‘tenonet’ juga akan dikenakan tindakan yang sama. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Nazli Md Taib berkata, Operasi Penguatkuasaan Hon Melebihi Satu Nada atau Berirama di sekitar negeri ini hasil aduan awam.


Operasi ini dijalankan disebabkan aduan awam yang diterima mengenai pemasangan hon berirama melebihi satu nada atau dikenali sebagai ‘hon tenonet’ yang semakin banyak pada kenderaan berat seperti lori dan bas.

Penggunaan hon ini boleh mengelirukan pengguna jalan raya lain dengan isyarat yang ingin disampaikan mahupun mengganggu ketenteraman penduduk perumahan di sekitar kawasan juga.

Tindakan tersebut boleh dikenakan bawah Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan hukuman denda maksimum RM 2,000 atau penjara bagi tempoh tak melebihi dari enam bulan.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments