• Jonathan Shiek

Jom Sembang Pasal Udara: ‘Daikin Streamer’ Hero Di Dalam Rumah

Sejak asyik-asyik kena terperap di rumah ni, pernah tak korang terfikir pasal udara? Maksud kami, kualiti udara? 

Kalau bukan sebab Covid, mungkin kita tak fikir lah. Tapi sebenarnya lagi lama kena duduk rumah, lagi terasa kepentingan kualiti udara. Korang rasa macam tu tak?

Pernah tak korang pertimbangkan sama ada udara yang kita hirup di rumah kita bersih atau berkualiti bagus? 

Kalau korang nak tahu, seseorang bernafas sebanyak 20 kali seminit dan menghembus sebanyak 29,000 hembusan nafas setiap hari. Banyak hembusan nafas tu! 

Kalau mask pun dinasihatkan untuk tukar setiap hari, macam mana kita nak tahu bahawa udara sekeliling kita bersih, dan orang yang kita sayangi sedang menghirup udara bersih di rumah? Ya, boleh buka tingkap, tapi adakah itu mencukupi? Kalau rumah takda tingkap macam mana pula? 

Dilema ini mungkin boleh diselesaikan dengan Daikin!

Kita mendapati bahawa kini, banyak pembersih udara yang dikeluarkan di pasaran menggunakan sistem penapisan sederhana dan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan masa kini. 

Yelah, kita kerap dan sering menghadapi pencemaran udara. Untuk mengatasi masalah ini, banyak penyelidikan telah dilakukan dan kini, ia termaktub oleh teknologi Daikin Streamer!




Tidak seperti pembersih udara biasa anda, Daikin Streamer Air Purifier dikuasakan oleh teknologi Streamer Jepun yang unik dan menyahaktifkan bahan berbahaya dengan keberkesanan yang kuat serta melepaskan elektron berkelajuan tinggi. Ia juga menghasilkan unsur penguraian oksidatif yang kuat dan memiliki kemampuan untuk menghilangkan bakteria dan kulat serta bahan kimia berbahaya dan alergen yang wajar untuk meningkatkan aspek kesihatan dalam persekitaran. Haaa tak percaya, jom tonton video di bawah? 




Kalau korang tengok video atas, korang tahu bahawa pembersih udara Daikin Streamer ini mempunyai enam lapisan sistem penguraian dan penyingkiran yang kuat, yang bukan sahaja untuk menguraikan bakteria dan virus malah juga membuang bahan merbahaya seperti PM2.5, formaldehid dan alergen, dan bau. 

Untuk memastikan tahap pembersihan udara tertinggi, teknologi Daikin Streamer direka untuk membantu dan melegakan orang menghidap penyakit asma dan alah dengan membekalkan udara yang lebih bersih untuk bernafas.

Ternyata, Daikin bertujuan untuk mewujudkan persekitaran rumah yang sihat dan melindungi bukan sahaja kesihatan keluarga anda yang lebih peka terhadap bahan berbahaya yang terdapat di udara. 

Jom kita lihat beberapa faktor yang unggul tentang Daikin Streamer ini!

Teknologi hebat

Mengesan habuk dan bau dan menghilangkannya dengan teknologi Streamer secara automatik.

Teguh

Reka bentuk pengambilan udara 3D kami yang kuat membolehkan jumlah udara yang lebih besar dibersihkan untuk pembersihan udara yang lebih cepat dalam masa yang lebih singkat.

Senyap

Ia membersihkan udara secara senyap dan anda dapat menikmati udara yang menyegarkan pada tahap suara serendah 16dBA.

Jimat Tenaga

Didorong oleh teknologi Inverter yang mengawal kelajuan putaran motor untuk memastikan penggunaan tenaga minimum dan mencapai kecekapan tenaga.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut,  layari www.daikin.com.my

0 views0 comments