• shafika9

Jollibee Bakal Membuka Cawangan Pertama Di Semenanjung Malaysia

Sesiapa yang berdekatan dengan Sunway Pyramid, nanti boleh cuba pergi

Kredit foto: Malay Mail


Berita baik buat penggemar makanan segera, kin restoran fast food terkenal dari Filipina, Jollibee Food Corporation bakal membuka cawangan pertama di semenanjung Malaysia. Ada yang dah mula gembira mendengar berita ini ?


Pada sebelum ini, Jollibee pernah membuka cawangan di Malaysia pada tahun 1990-an namun terpaksa tutup akibat krisis kewangan 1997. Namun pada sekitar tahun 2019, restoran tersebut telah mula membuka cawangan pertamanya di Kota Kinabalu, Sabah dan mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat tempatan.

Menurut dari Pengarah Jollibee Tony Tan Caktiong memberitahu pihaknya berhasrat untuk membuka lebih 100 lagi cawangan bahari di seluruh Malaysia dalam jangka masa 10 tahun dari sekarang. Orang ramai telah lama menantikan Jollibee dan ada yang menunggu bila tarikh rasmi pembukaan restoran makanan segera di semenangjung Malaysia.


Kini, beberapa gambar mengenai Jollibee telah mula tersebar di media sosial yang memaparkan pembukaan cawangan restoran tersebut di Sunway Pyramid dekat LG2.126, bersebelahan Seoul Garden. Kalau dah buka nanti, jangan lupa untuk mencuba ya.


Sumber artikel asal dari Titiwangsatoday

17 views0 comments