• Jonathan Shiek

Johor Terima Gerabak Automated Rapid Transit Pertama

Pada Rabu lalu, Mobilus Sdn Bhd telah menyambut ketibaan gerabak terbaru Automated Rapid Trandit (ART) pertama ke Johor. Lokasi dipilih untuk bagi program pandu uji Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) di Iskandar Malaysia pada suku tahun pertama 2021.

ART adalah sistem pengangkutan transit yang canggih dengan menggunakan sumber tenaga bersih seperti elektrik atau hidrogen. Setiap gerabak ART ini dilengkapi sensor yang mampu membaca trek maya di jalan raya dan boleh bergerak secara automatik. ART juga mampu menampung 300 penumpang dalam tiga buah gerabak dan boleh bergerak 70km/sejam. 


Sumber: VOCKET

Mobilus adalah syarikat usaha sama yang ditubuhkan antara Ireka Corp Bhd dan CRRC Urban Traffic Co Ltd. Menurut dari Pengarah Urusan Ireka Group, Datuk Lai Voon Hon, menyatakan kedatangan gerabak ART antara titik tolak kepada sistem transit perhubunganlebih efisien dan komprehensif bagi rangkaian lebih 2,000 KM pada Fasa 1 ini.

Tambah beliau lagi pelaksanaan projek ini menjadikan batu loncatan untuk meningkatkan pengangkutan awam di Iskandar Malaysia. Dengan adanya ART, serba sedikit dapat membantu masyarakat untuk menggunakan kemudahan awam ini dengan sebaik mungkin. 

Sumber artikel asal dari VOCKET

#ART

0 views0 comments