• Jonathan Shiek

“John Beasley Watak Disebalik Kejayaan Saya Selama Ini” – Datuk Azizulhasni Awang

Seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan pelumba trek basikal, Datuk Azizulhasni Awang atas pencapaiannya dalam temasya sukan Olimpik di Tokyo baru-baru ini.

Beliau yang sudah selamat sampai ke Tanah Air begitu bersyukur kerana usaha gigihnya membuahkan hasil walaupun impian menggenggam pingat emas belum kesampaian.

Ketika ini beliau sedang menjalani kuarantin wajib susulan baru pulang ke Malaysia semalam dan sempat membuat beberapa posting penghargaan buat pihak-pihak yang bertanggungjawab memastikannya membawa pulang pingat di Olimpik Tokyo kali ini.

Antara posting yang menarik perhatian adalah apabila beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada jurulatihnya, John Beasley;


View this post on Instagram

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)


Pelumba basikal lagenda itu turut memaklumkan betapa besar jasa Beasley kepada negara ini kerana melahirkan ramai atlet berbasikal hebat dan beliau juga kerap diintai negara luar yang mahu menggunakan khidmat kejurulatihannya.

Namun begitu, Azizulhasni menambah secara bergurau yang jurulatihnya seperti sudah terkena ‘nasi kangkang’ Malaysia kerana tetap taat berbakti untuk negara ini.

Terima kasih John Beasley!

Sumber: Oh! My Media

0 views0 comments