Syaziyah Md Sharif
Joe Flizzow, Jay Park & MK K-Clique Muncul Dengan Lagu Berjudul ‘Ciao’
Updated: Sep 24, 2021
Rapper tempatan Joe Flizzow dan MK dari K-Clique bakal berkolaborasi dengan penyanyi hip hop ternama Amerika, Jay Park dalam single yang berjudul ‘Ciao’.
Credit: EH!
“Jay Park dan saya sudah lama mengenali satu sama lain. Kami berdua berada dalam komuniti hip hop, jadi bertukar idea dan bekerjasama itu memang berlaku. Sebenarnya, dia pernah mengajak saya untuk membuat persembahan di dalam albumnya sebelum ini,” kata Joe Flizzow kepada Harian Metro.
Credit: Soompi
Penyanyi hip hop terkemuka Malaysia itu sebelum ini pernah bekerjasama dengan jay Park dalam album The Road Less Traveled pada tahun 2018.
Lagu ini juga akan mengetengahkan slang dan bahasa yang sinonim dengan rakyat Malaysia.
Mereka berharap lagu ini dapat menggabungkan seni hiphop seantero Asia.
‘Ciao’ bakal dilancarkan pada 8 Januari hadapan.