• Syaziyah Md Sharif

Joe Flizzow Bangga Dapat Berkolaborasi Dengan Snoop Dogg

Bukan biasa-biasa!

Siapa sahaja tak kenal dengan raja hip hop Malaysia, Joe Flizzow kan? Baru-baru ini beliau berkongsi keterujuaannya apabila dapat bekerjasama dengan lagenda hip hop Snopp Dogg untuk album terbaharu, Snoop Dogg Presents The Algorithm (The Global Edition).


Berpengalaman hampir 20 tahun dalam genre hip hop di Malaysia, Joe Flizzow tidak menyangka pujian Snoop Dogg atas usahanya memperkasakan muzik itu di negara ini membawa kepada kerjasama mereka dalam album kompilasi berkenaan.

Projek ini menghimpunkan ramai artis hip hop dan R&B yang dinaungi Universal Music Group (UMG) dari serata dunia, Joe Flizzow dipilih merakamkan lagu Alright nyanyian Redman dan Method Man yang menampilkan dirinya dan Nefertitti Avani.


Joe Flizzow mengaku hilang kata-kata apabila mendapat undangan terbabit dalam projek istimewa itu.


"Apabila kerjasama ini terjadi, saya terdetik suatu perkara iaitu jangan sesekali putus asa dalam apa yang kita impikan. Kita tidak pernah tahu sesuatu yang mustahil mungkin jadi realiti.


"Saya mengikuti dan meminati perjalanan seni Snoop Dogg sejak 1993. Saya minat dengan apa yang diperjuangkannya hingga sekarang," katanya.


Okay, jom layan lagu ini!




Sumber: Berita Harian

8 views0 comments