• Jonathan Shiek

Joe Biden Angkat Sumpah Sebagai Presiden Amerika Syarikat Yang Ke-46

Joe Biden, 78 tahun pada pagi semalam waktu Amerika Syarikat telah pun selesai mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di hadapan Hakim Mahkamah Agung, John Roberts, di bangunan Capitol, Washington DC.

Manakala, Kamala Harris, 56 tahun selaku wanita pertama yang berketurunan Asia Selatan yang dilantik sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), mengangkat sumpah di hadapan Hakim Mahkamah Agung, Sonia Sotomayor.

Bagi bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, terus meninggalkan Washington tiga jam sebelum Biden mengangkat sumpah. Ini menjadikan presiden pertama dalam sejarah selama 150 tahun yang tak menghadiri majlis perlantikan penggantinya.

Sebelum ini, pernah berlaku rusuhan di bangunan Capitol, di lokasi sama yang melihat penyokong Trump membantah keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada 3 November lalu.

Bagi sesiapa yang masih belum melihat video Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-46, korang boleh tonton dibawah ini. 




Sumber artikel asal Berita Harian

#JoeBiden #Presiden

0 views0 comments