• Syaziyah Md Sharif

Jodoh Tidak Kunjung Tiba, Lelaki Nekad Iklankan Diri Di 'Billboard'

Yang mana masih solo, mungkin boleh cuba

Kredit Foto: FindMalikAWife

Terdapat pelbagai cara untuk sesorang itu mencari teman sehidup semati, ada yang menggunakan aplikasi temu janji, laman web mencari jodoh, malah ada juga yang meminta rakan untuk memperkenalkan kepada seseorang.


Lain pula cerita seorang pemuda yang berusia 29 tahun dari London ini, dia telah menggunakan papan iklan di bandar Birmingham di United Kingdom (UK) untuk mengiklankan dirinya!


Muhammad Malik yang merupakan seorang usahawan turut mencipta satu laman web yang dinamakan ‘findmalikwife.com’ bagi tujuan tersebut.


Pada papan iklan tersebut, Muhammad meletakan slogan ‘selamatkan saya daripada perkahwinan yang dirancang’, pemuda itu berharap pendekatan yang diambilnya membuahkan hasil.


“Saya cuma belum bertemu dengan wanita idaman dan perkara itu agak sukar.


“Sehubungan itu, saya membuat keputusan untuk meletakkan wajah saya pada papan iklan billboard agar semua orang boleh nampak saya,” katanya.


Muhammad berasal dari London, namun menyifatkan Birmingham sebagai rumah keduanya kerana mempunyai pelbagai kemudahan termasuk masjid yang baik.


Antara ciri-ciri wanita idaman Muhammad adalah gadis beragama Islam berusia 20-an.


“Saya tidak kisah etnik wanita itu, asalkan dia beragama Islam.


“Saya sanggup mengambil pendekatan ini kerana saya serius mencari calon isteri, selain kaedah lain tidak mendatangkan hasil,” ujarnya.


Siapa nak cuba, boleh lah klik dekat sini!

2 views0 comments