• Jonathan Shiek

Jersi ‘Away’ Selangor FC Habis Dijual Dalam Masa 2 Jam!

Kelab Bolasepak Selangor semalam telah melancarkan jersi away mereka secara digital di semua platform media sosial mereka untuk aksi Liga Super Malaysia musim 2021.

Kali ini, warna biru gelap menjadi pilahan ‘The Red Giants’. Ia juga disertakan dengan corak berwarna biru neon, menariknya corak itu mewakili daerah-daerah di Selangor!

Every element on our 2021 away jersey is explained here. 💙 Read more on our jersey here: https://t.co/sd0fNS9vpB#RedGiants#CreatingOurFuture pic.twitter.com/bKWhL8NChf — Selangor FC (@selangorfc) March 1, 2021

Warna biru gelap itu melambangakan ‘unity’ atau kesepaduan dalam kalangan pencinta bola sepak dan rakyat selangor, manakala biru neon itu pula melambangkan elemen futuristik yang ingin dibawakan dalam kelab itu.

Menariknya, dalam masa tidak lebih dua jam jersi ini telahpun habis dijual!

This tweet is less than 2 minutes apart. Thank you Red Giants! 💙 pic.twitter.com/yI1cXIcv6c — Selangor FC (@selangorfc) March 1, 2021

Walau bagaimanapun, pihak Selangor FC memberitahu akan pra-tempah untuk jersi tersebut dalam terdekat!

Nasib baik!

Terima kasih penyokong setia Gergasi Merah. Kesemua stok jersi away kit 2021 kami telah habis terjual sebentar tadi. Kami akan membuka pre-order untuk batch ke-2 tidak lama lagi. Sokongan anda menjadi inspirasi untuk kami berusaha dengan lebih gigih.#KitaAdalahSatu pic.twitter.com/YcPnnKPket — Selangor FC (@selangorfc) March 1, 2021

#selangorfc #theredgiants

0 views0 comments