• Jonathan Shiek

Jepun Rancang Untuk Isytihar Darurat Di Tokyo Sebab Kenaikan Kes COVID-19

Jepun sudah mula merancang untuk isytihar darurat COVID-19 di Tokyo, lapor dari sebuah media tempatan selepas kes harian semakin melonjak naik 900 kes dalam satu hari sejak 13 Mei lalu. Darurat ini akan bermula pada Isnin depan sehingga 22 Ogos.

Keadaan ini akan meletakkan Tokyo dalam keadaan darurat dan memberi kesan kepada Sukan Olimpik Tokyo, yang sepatutnya akan berlangsung pada 23 Julai ini. Keputusan ini akan memaksa kerajaan dan pihak penganjur melarang penonton untuk menghadiri acara tersebut.

Ada sumber lain menyatakan Tokyo dan tiga wilayah yang berdekatan akan berada dalam keadaan darurat selama kira-kira sebulan hingga awal bulan Ogos. Pada hari Rabu lalu, Tokyo mengesahkan 920 kes baru COVID-19 telah meningkat secara ketara daripada 714 yang dilaporkan seminggu sebelum. Jumlah tersebut meningkat berbanding minggu sebelumnya untuk hari ke-18 berturut-turut. 

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments