• shafika9

Jepun Kini Mempunyai Batu Nisan Bluetooth Bagi Membantu Keluarga Untuk Meratapi Orang Tersayang

Updated: Oct 8, 2021

Pelik memang pelik! negara Jepun ini tak pernah kalau tak buat benda yang pelik-pelik kan? Kadang-kadang tak pernah terlintas di akal fikiran pun, mereka boleh lakukan juga. Tapi itulah kehebatan negara Jepun yang sangat tinggi dalam bidang ilmu teknologi, dan juga satu kebanggaan mereka. 

Kali ini, syarikat Jepun Yachiyo Yukyo no Sato no Cemetery melancarkan batu nisan bernama Hikari yang menyediakan skrin eletronik, dimana pihak keluarga boleh meratapi sambil melawat perkuburan. Yang paling penting sekali, boleh pasang Bluetooth teknologi dekat batu nisan. Menakjubkan bukan?

Sumber: SoraNews24

Mesti korang tertanya-tanya, kenapa nak kena ada teknologi Bluetooth pada batu nisan bukan? Tujuan tersebut adalah sangat jauh dari praktikal. Oleh kerana, peningkatan golongan warga tua mahupun peningkatan harga batu nisan pada individu sendiri boleh menelan kos sehingga 7 juta Yen bersamaan RM 275,900. Kini batu nisan ini, semakin melonjak popular dikalangan orang Jepun sendiri.


Sumber: SoraNews24

Batu nisan Hikari boleh paparkan video, mahupun gambar. Pihak Hikari akan membantu korang untuk mendaftar cara penggunaan Bluetooth mengikut kehendak pelanggan. Malah, bukan murah weh, harganya sehingga boleh cecah 290,000 Yen bersamaan RM 11,362. Tak ada yang murah pada batu nisan Bluetooth ini, semua mahal belaka!.

Apa pendapat korang terhadap batu nisan buatan dari Jepun ini? Adakah terlalu mahal untuk dibeli? Berikan pendapat dan pandangan korang dibawah ya.

Sumber artikel asal dari SoraNews24

0 views0 comments