• Jonathan Shiek

Jepun Buka Pusat Vaksinasi Secara Besar-Besaran

Jepun adalah salah sebuah negara yang maju tetapi lambat untuk bertindak dengan membuka pusat vaksinasi secara besar-besar. Kalau hendak dibandingkan dengan negara lain dimana beberapa negara lain telah pun melakukan vaksinasi secara meluas di negara masing-masing untuk menangani kes COVID-19 dari terus meningkat.

Kini Jepun telah membuka pusat vaksinasi secara besar-besaran buat pertama kali bagi usaha untuk mempercepatkan program inokulasi COVID-19 menjelang penganjuran Sukan Olimpik Tokyo yang berbaki dua bulan dari sekarang.

Dua pusat tentera di Tokyo dan Osaka akan melakukan ribuan suntikan setiap hari dimulakan dengan warga tua bagi memerangi gelombang  keempat pandemik berkenaan. Hanya dua peratus daripada 125 juta populasi penduduk divaksinasi setakat ini, berbanding 40 peratus di Amerika Syarikat (AS) dan 15 peratus di Perancis. Pusat vaksinasi Tokyo dan Osaka masing-masing menyasarkan 10,000 dan 5,000 suntikan sehari.

Pusat vaksinasi menggunakan dua dos suntikan vaksin Moderna yang dipersetujui digunakan di Jepun bersama Astra Zeneca pada Jumaat lalu.

Sumber artikel asal dari Harian Metro

0 views0 comments